Wednesday, December 19, 2012

PMR Result :/




Harini hari yang dinantikan oleh semua pelajar tingkatan 3 termasuklah aku . Sudah tiga tahun bertungkus-lumus menimba ilmu di sekolah dato penggawa timur . Dan hari ini merupakan hari yang membuktikan usaha yang telah dilakukan dapat mebuahkan hasil atau tidak .

Awal pagi lagi aku sudah pun bangun untuk menunaikan solat . Lepas itu , aku sidai semua baju yang dah dibasuh . Habis kerja menyidai , aku pergi sambung baca novel Jaja dan Din  sampai habis . Kalau nak tahu sepanjang cuti ni dah habis 10 novel aku baca .

Habis saja baca novel . Aku terus membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah . Debaran sangat terasa dalam hati ini . Walaupun terlambat sedikit , aku tetap belagak tenang , dalam hati selalu berkata , Relax ain result tu tak lari padahal hati ini bagi air yang tenang sedang dikocak .

Sepanjang perjalanan untuk ke sekolah , terkumat-kamit mulutku berselawat agar hati menjadi tenang . Perasaan ketika itu memang tidak dapat aku gambarkan dengan kata . terlalu susah . Sedih, gembira semuanya ada . Aku tak nak hadapinya tapi kalau tak hadapi macam mana nak tau result . Ya dak ?
Dalam perjalanan tu , abah ada kata yang dia sangat percaya ain boleh dapat 8A dan paling rendah pun 6A .
Hati anak mana yang tidak terasa jika ibu bapa pasang harapan yang tinggi pada anak-anak mereka . Aku takut nak hampakan harapannya . Pada waktu dalam perjalanan dan abah terus berbicara tentang keputusan dan aku seperti terasa tekak amat memerlukan air untuk melegakan tekak .Air mata seakan ingin jatuh ketika itu jugak tapi aku bersyukur sangat walaupun hampir terjatuh dan perbuatan itu tidak dapat dikesan abah. Dalam masa yang sama aku terasa kepala aku berat seperti batu . Aku terasa seperti hendak menghadap kematian walaupun sebenarnya aku hanya perlu berhadapan dengan kenyataan . Kenyataan yang aku tidak tahu bagaimana dan di mana akan aku berada selepas itu .

Setibanya di sekolah , aku agak terpinga-pinga apabila melihat dewan sudah riuh dan sudah pun dipenuhi dengan rakan seperjuangan yang lain . Aku dengan lagak bertenang padahal dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu dan rasanya degupan jantung aku jadi lebih laju seperti biasa . Aku gembira apabila mendengar kawan-kawan aku kelas berlian berjaya . dapat 8A . Tahniah kat aisyah,sarah,ika,suraya,tasya,ain omar , dan yang lain-lain . Merekan dah berjaya . tapi aku ? Aku terus menanti . Rasa nak pengsan pun ada jugak . Jantung aku lebih kencang lagi apabila tiba giliran kelas aku ,rachel ,sanem dan seterusnya sehingga liyana kawan sekelas ku . Aku semakin tak keruan lagi , aku seperti dapat mengesan yang aku tidak dapat 8A . . Aku  rasa ingin sahaja aku menangis semahu-mahunya ketika itu namun aku tetap sedaya upaya menenangkan diri aku yang tak keruan . Aku sedar tempat ini bukanlah tempat yang sesuai untuk aku  . Kemudian aku beristigfar dan perlahan-lahan aku dapat menerima kenyataan itu .

Debaran itu masih ada lagi dalam hatiku . Aku sudah tidak dapat lagi menahan degupan ini . Ya Allah . Setelah habis senarai pelajar yang dapat 8A , aku terus sahaja ke meja 3 intan , untuk melihat keputusan aku.  Untuk pengetahuan , seramai 93 orang yang mendapat straight A dalam PMR . Setelah cikgu meyerahkan keputusan dan aku  melihat keputusan . Aku segera mengucapkan Alhamdulillah kerana telah berjaya walaupun hanya satu yang tersasar pada target aku . Segera aku mendapatkan ayah aku dan mendakapnya . Aku berjaya dapat keputusan yang cemerlang walaupun hanya missed satu subjek .  Aku tidak dapat menahan sebakdi hati ini dan tanpa aku sedari air mata aku berguguran . Nasib baik terlidung dengan pintu. Ya Allah , terima kasih walaupun aku tak dapat capai target aku . Aku tetap bersyukur . Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya . Aku bersyukur ayah dan ibuku dapat menerima . Mereka  sangat berpuas hati dengan keputusan PMR aku .

Selepas itu aku pergi untuk mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku . Aku terasa rendah diri apabila dikelilingi oleh mereka yang berjaya , pun begitu aku tetap bersyukur kerana ada orang yang lebih teruk nasibnya daripada aku . Selepas bersalaman dan berjumpa rakan-rakan  . Aku pulang ke rumah . Alhamdulilah usaha aku membuahkan hasil . Alhamudulillah . terima kasih Ya Allah .

*Tahniah dekat semua yang dapat 8A dalam PMR termasuklah pada cousin yang tersayang . yang tidak dapat 8A tu , jangan risau SPM ada . Nanti masa SPM buat betul-betul tau . All the best to all my friend .

thanks pada kertas hitam yang tertampal kat dinding tu kerana dah bagi banyak semangat ;)











                                          *secebis kenangan pada hari keputusan pmr keluar
that all :) smile on face please C : 




Monday, December 10, 2012

Place that i want to go

Terlampau banyak tempat yang aku nak pergi . Agak-agak dapat tak . entah aku pun tak tahu . Harap-harap dapatlah sebab tu aku nak jadi PILOT . Kalau boleh aku nak pergi semua tempat yang ada kat dunia . Kata orang bila kita jauh berjalan maka besarlah pengalaman kita . Tempat pertama sekali yang aku nak pergi


                                         

Mekah . Tempat ni memang semua umat islam nak pergi tak kiralah bangsa . Kat sana semua datang dengan satu tujuan yang itu untuk menghadap Allah yang Maha Esa . Aku harap sangat aku dapat pergi kat sini dan bawak mak ayah aku sekali , kalau boleh setiap ahli keluarga aku , aku nak bawak . Tu lah sebab aku kena belajar betul-betul kalau nak capai cita-cita ni :) ( Haji dan umrah )

Seterusnya ,

                                     

London . Tempat ni . Aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat pergi tempat ni . Aku nak sangat belajar kat United Kingdom . Aku nak merasa jugak macam mana duduk kat negara macam ni .Ini aku tak tahulah , kalau ada rezeki tu adalah

                                       
                                                 

Paris . Kira tempat ni memang ramai nak pergi especially girl kan . Ini sebab kat Paris ni ada banyak butik . boleh dikatakan bandar fesyen . Tapi bandar ni lagi terkenal dengan gelaran '' City of Love '' itu sebab ramai couple pergi kat sini . Honeymoon kat sini , Peh memang best lah . haha . Kalau korang selalu tgk movie omputih mesti ada scene kat sini tapi tak semua ceritalah . KEHKEHKEH . Agak-agak dapat tak aku pergi sini dgn . hahahahahahaha . Dream On je lah Ain ni -______________-


                                                

New York , Amerika Syarikat . Bandar ni memang dikatakan bandar untuk bershopping . Eh ,aku suka shopping ke ? hahaha . tak . aku suka jalan je klu berkenan barulah beli itu style aku . KEHKEHKEH . Kat sana banyak butik yanh terkenal seperti Dior,Pierre Cardin, Clark ,Givenchy dan banyak lagi .haha . ini pun aku baca kat surat khabar tadi :D


Tokyo , Bandar yang diiktiraf sebagai Metropolitan . Kira bandar paling maju kat dunia . Orang kat ada dispiplin yang tinggi sebab tu Tanah Melayu . Sejarah , dah --''Nak jugak aku tengok macam mana keadaan kat sana . Dengan jalan raya yang bertingkat dengan kereta api yang selalu aku baca dalam komik jepun tu . 


Hong Kong 


Nami Island , Korea . Bayangkan dgn husband pegi bercuti kat sini . Ouh so sweet . Tempat ni memang terkenal dalam cerita Winter Sonata , Best tau cite tu , walaupun aku ni tak tgk cerita tu . Ni mesti aku terbayang macam dalam cerita Selagi Ada Dia karya Aisya Sofea tu . haha . Best pulok .

Kalau nak tahukan , banyak lagi tempat aku nak pergi tapi aku tak tahu nak describe macam mana . jadi aku tayang gambar jelah . hehehe . Hope aku dapatlah bawak kapal terbang ke negara-negara yang best .


Amsterdam , Netherland 


German


Argentina 


Austria


Italy 



Eygypt , sepanyol , Abu Dhabi , Cairo , China , Jepun . Senang cerita semua pelosok dunia ni aku nak pergi kecuali Esrael je . Aku tahu mesti aku boleh sampai tempat-tempat . Aku belajar betul-betul  . Aku kejar impian aku sampai jadi kenyatan . itu pun kalau Allah izinkan .


Ain  :)