Wednesday, December 19, 2012

PMR Result :/




Harini hari yang dinantikan oleh semua pelajar tingkatan 3 termasuklah aku . Sudah tiga tahun bertungkus-lumus menimba ilmu di sekolah dato penggawa timur . Dan hari ini merupakan hari yang membuktikan usaha yang telah dilakukan dapat mebuahkan hasil atau tidak .

Awal pagi lagi aku sudah pun bangun untuk menunaikan solat . Lepas itu , aku sidai semua baju yang dah dibasuh . Habis kerja menyidai , aku pergi sambung baca novel Jaja dan Din  sampai habis . Kalau nak tahu sepanjang cuti ni dah habis 10 novel aku baca .

Habis saja baca novel . Aku terus membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah . Debaran sangat terasa dalam hati ini . Walaupun terlambat sedikit , aku tetap belagak tenang , dalam hati selalu berkata , Relax ain result tu tak lari padahal hati ini bagi air yang tenang sedang dikocak .

Sepanjang perjalanan untuk ke sekolah , terkumat-kamit mulutku berselawat agar hati menjadi tenang . Perasaan ketika itu memang tidak dapat aku gambarkan dengan kata . terlalu susah . Sedih, gembira semuanya ada . Aku tak nak hadapinya tapi kalau tak hadapi macam mana nak tau result . Ya dak ?
Dalam perjalanan tu , abah ada kata yang dia sangat percaya ain boleh dapat 8A dan paling rendah pun 6A .
Hati anak mana yang tidak terasa jika ibu bapa pasang harapan yang tinggi pada anak-anak mereka . Aku takut nak hampakan harapannya . Pada waktu dalam perjalanan dan abah terus berbicara tentang keputusan dan aku seperti terasa tekak amat memerlukan air untuk melegakan tekak .Air mata seakan ingin jatuh ketika itu jugak tapi aku bersyukur sangat walaupun hampir terjatuh dan perbuatan itu tidak dapat dikesan abah. Dalam masa yang sama aku terasa kepala aku berat seperti batu . Aku terasa seperti hendak menghadap kematian walaupun sebenarnya aku hanya perlu berhadapan dengan kenyataan . Kenyataan yang aku tidak tahu bagaimana dan di mana akan aku berada selepas itu .

Setibanya di sekolah , aku agak terpinga-pinga apabila melihat dewan sudah riuh dan sudah pun dipenuhi dengan rakan seperjuangan yang lain . Aku dengan lagak bertenang padahal dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu dan rasanya degupan jantung aku jadi lebih laju seperti biasa . Aku gembira apabila mendengar kawan-kawan aku kelas berlian berjaya . dapat 8A . Tahniah kat aisyah,sarah,ika,suraya,tasya,ain omar , dan yang lain-lain . Merekan dah berjaya . tapi aku ? Aku terus menanti . Rasa nak pengsan pun ada jugak . Jantung aku lebih kencang lagi apabila tiba giliran kelas aku ,rachel ,sanem dan seterusnya sehingga liyana kawan sekelas ku . Aku semakin tak keruan lagi , aku seperti dapat mengesan yang aku tidak dapat 8A . . Aku  rasa ingin sahaja aku menangis semahu-mahunya ketika itu namun aku tetap sedaya upaya menenangkan diri aku yang tak keruan . Aku sedar tempat ini bukanlah tempat yang sesuai untuk aku  . Kemudian aku beristigfar dan perlahan-lahan aku dapat menerima kenyataan itu .

Debaran itu masih ada lagi dalam hatiku . Aku sudah tidak dapat lagi menahan degupan ini . Ya Allah . Setelah habis senarai pelajar yang dapat 8A , aku terus sahaja ke meja 3 intan , untuk melihat keputusan aku.  Untuk pengetahuan , seramai 93 orang yang mendapat straight A dalam PMR . Setelah cikgu meyerahkan keputusan dan aku  melihat keputusan . Aku segera mengucapkan Alhamdulillah kerana telah berjaya walaupun hanya satu yang tersasar pada target aku . Segera aku mendapatkan ayah aku dan mendakapnya . Aku berjaya dapat keputusan yang cemerlang walaupun hanya missed satu subjek .  Aku tidak dapat menahan sebakdi hati ini dan tanpa aku sedari air mata aku berguguran . Nasib baik terlidung dengan pintu. Ya Allah , terima kasih walaupun aku tak dapat capai target aku . Aku tetap bersyukur . Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya . Aku bersyukur ayah dan ibuku dapat menerima . Mereka  sangat berpuas hati dengan keputusan PMR aku .

Selepas itu aku pergi untuk mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku . Aku terasa rendah diri apabila dikelilingi oleh mereka yang berjaya , pun begitu aku tetap bersyukur kerana ada orang yang lebih teruk nasibnya daripada aku . Selepas bersalaman dan berjumpa rakan-rakan  . Aku pulang ke rumah . Alhamdulilah usaha aku membuahkan hasil . Alhamudulillah . terima kasih Ya Allah .

*Tahniah dekat semua yang dapat 8A dalam PMR termasuklah pada cousin yang tersayang . yang tidak dapat 8A tu , jangan risau SPM ada . Nanti masa SPM buat betul-betul tau . All the best to all my friend .

thanks pada kertas hitam yang tertampal kat dinding tu kerana dah bagi banyak semangat ;)











                                          *secebis kenangan pada hari keputusan pmr keluar
that all :) smile on face please C :