Saat ini ku rasakan ,
takut gementar ,
sebelum keputusan diriku keluar nanti
Aku takut orang tuaku ,
kecewa , jika aku tak berjaya
dan aku tidak mahu malukan
mereka yang telah banyak berkorban
semata-mata ingin melihatku berjaya
hingga ke manara gading
Dengan usaha dibekalkan doa
Ku berharap ku terima kejayaan
untuk mencapai cita-cita dan impianku
Ya Allah , Ya Tuhanku ,
ku berserah padamu
Apa yang ku dapat nanti
adalah terbaik untuk
diriku menempah kejayaan
yang akan datang .
Bulan berganti minggu ,
minggu berganti hari ,
hari berganti masa
minit dan saat
Saat ini
aku bermohon padamu Ya Allah
agar kau kalbulkan doaku
Terima kasih Ya Allah
kerana engkau telah memperkenankan doaku
Aku bersyukur dengan kehendakmu .
Alhamdulillah !
Sharifah Nurul Ain
Atas ni puisi eh ? entah . ain pun tak tahu yang pasti penulisan kat atas ni ain tulis sebelum ambil keputusan UPSR 2009 . Alhamdulillah , masa tu ain dapat 4A1B . Bersyukur sangat .Dengan kesempatan ini , ain nak ucap Tahniah jugak dekat adik ain , Sharifah Zahrah kerana berjaya mendapat keputusan yang cermerlang dalam UPSR iaitu 5A dan berjaya menjadi Tokoh Pelajar di SKTR2 2012 .Tahniah daripada Kak Ain :) Hope Kak Ain pun dapat keputusan yang membanggakan dalam PMR nanti . Amin .