Saturday, May 23, 2015

Tawaran Belajar

first of all , aku bersyukur sangat sebab dah berjaya tempoh alam persekolahan especially masa form 4 and form 5 . Mencabar sangat bagi aku . Terkejut mungkin sebab cara belajar sangat berbeza. Apa-apapun Alhamdulillah berjaya juga dapat keputusan yang baik . Aku ada dapat beberapa tawaran untuk belajar . Meh kite teruskan .

Aim course aku pada mulanya ialah
- nak business management 
-nak study kat overseas masa degree
- kalau dapat habis cepat lagi bagus ( x kisah sgt )

Sooo ini yang ku dapat

1. Kolej Matrikulasi Pahang (foundation)
 -  ini kalau nak diikutkan hati memang jadi option aku . Aku dapat aliran akaun . (Memang mohon akaun) . Akaun kat sini bahasa melayu pulak . Haihhh . matrik ni macam foundation lah then terus dapat degree . tapi satu perkara je ialah kena tabahkan diri sebab sibukkkkk sangat life kat matrik ni . aku life masa form4 and 5 pun macam apa je . heheh .Dekat jugak dengan rumah atok aku tapi tak pegi , heheh . 1 tahun foundation then degree 3/4 tahun . total 5 thn

2. Raffles University (foundation)
- Raffles ni swasta tapi yang bagusnya dia international . Aku dapat biasiswa for foundation then boleh ambil accounting/physcology . Aku masa ni entahlah . Ayah aku suruh ambil but aku tak nak sebab aku tak suka mcm ambil foundation terus degree . Rasa cam rugi je . But then masa degree aku still kene pakai ptptn/mara loan . So , aku tolak jugak . Tak nak berhutang masa muda-muda ni . 1 tahun foundation then 3/4 tahun degree kat Malaysia .  dehehe . Mind aku masa ni still nak business .

3. Universiti Teknologi Mara (Uitm)
aku gembiralah jugak dapat uitm ni . Aku dapat course diploma pengajian perniagaan . aku dapat transit dekat segamat(tempat mak aku belajar dulu) then yg kekal kat rembau kampus baru . Memang minat sangat dengan bisnes tapi kena pakai ptptn/mara loan jugak . Haihhhhh . Aku paling nak elak ada hutang . So , aku lepaskan gak walaupun nama gah universiti .  Lagipun aku nak business management sebenarnya . CEREWET GILA AKUU -.- then aku nak study overseas kalau awal - awal dah ada hutang acane nak hidup huhu 

4. Kolej Poly Tech Mara (KPTM)
  Akhirnya , dapat jugak DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT . Tapii tak gi jugak . lol . sebabnya still kena berhutang memang aku tak nak bebankan usia mudakuuuuu . kuikui .

THEN NAK PI MANA 

masa ni aku masih tuisyen BI . Ada satu abang  ni suruh mohon mara sebab banyak faedahnya . Dia belajar kat unikl .Mara lagi senang tak payah beli no pin semua tu just apply . Balik tu aku terus apply sebab aku punya minda tgh terbuka sangat masa tu .Masa nak apply tetibe aku ternampak course HND . mula-mula aku pun tak tahu apa benda HND ni tapi aku hentikan dulu niat nak apply ,terus buat reseach pasal HND . Nak tahu apa itu HND ? HND tu Higher National Diploma . Ini sistem pengajian tinggi and qualification kat UK . Dia adalah diploma tapi belajar kira macam sampai degree tahun ke-2 . Oh Gosh , aku teruja gila nak tahu pasal course ni . Course HND ni ada dekat Kolej Profesional Mara Seri Iskandar je aka kpmsi . Ada dua course HND ni iaitu HND Business Marketing dengan HND Business Information Technology . Aku apply HND Business Marketing .  Mula-mula kena ambil Foundation In Business (FIB) dulu , lepastu baru boleh ambil HND . FIB ni ambil masa 1 1/2 tahun dan merupakan syarat nak ambil untuk ambil HND . HND 2 tahun dan kerjanya kena buat assingnment je ,tak de test .Lepastu kalau result baik dan ada quota , Mara boleh hantar overseas. Siapa tak nak wehh ? akulah orang yang nakkkk dan berminat sekali . kuikui . Untung belajar under mara ni , asrama ada untuk sem 1 dan 2 , dapat elaun , tak banyak kos sangat , pastu dapat pulak study overseas kalau result baik . Tapi ingat ye kat mana-mana pun ada cabaran nya . Bangga aku dapat  kalau jadi anak mara cam ni . Dan bangga dapat masuk kpmsi ni . hehe